Contoh Soalan  Objektif  Untuk Sekolah Rendah.
       Soalan
1 hingga 7  -  Aras Pengetahuan 
1.   
Ayah tidak suka makan ikan sungai kerana
berbau ________________.
A.   hapak
B.   hanyir
C.   hamis
D.   hancing
2.   
Ibu sedang mengopek kulit ________________
udang untuk adik.
A.   seekor
B.   serawan
C.   sebuah
D.   sekeping
3.   
Bapa Faizul seorang doktor pakar di sebuah
hospital swasta.  ___________bertugas di
hospital itu sejak tiga tahun yang lalu.
A.   Aku
B.   Dia
C.   Saya
D.   Beliau
4.   
Para pelancong itu amat tertarik akan
kehalusan kain songket ____________ Terengganu.
A.   jahitan
B.   sulaman
C.   tenunan   
D.   anyaman
5.   
Ibu membubuh garam yang disangkakan gula
menyebabkan air kopi yang dibancuhnya terasa amat ________________.
A.   lekit
B.   kelat
C.   tawar
D.   masin
6.   
Pesakit yang baru menjalani pembedahan itu
_____________ di atas katil.
A.   terbaring
B.   membaringi
C.   perbaringan
D.   membaringkan
7.   
Adik menangis apabila jarinya terkena duri
pokok __________________.
A.   bunga
raya
B.   bunga
melur
C.   bunga
mawar
D.   bunga
tanjung
Soalan
 8 hingga 13 - Aras Kefahaman
8.   
 Dia  telah  mengemukakan  usul  dalam  mesyuarat  itu.
Pilih  perkataan
 seerti  bagi  usul.
A.   rumusan
B.   cadangan
C.   keterangan
D.   rancangan
9.   
Lampu 
di  dalam  bilik 
itu  terpadam  secara 
tiba-tiba.
Pilih  perkataan  berlawan 
bagi  terpadam.
A.   menyala
B.   bersinar
C.   bersilau
D.   mengerlip
Pilih 
ayat  tanya  yang 
sesuai  bagi  ayat 
di bawah
10. Murid-murid  yang 
menyertai  lawatan  diberikan 
taklimat  keselamatan  sebelum menuju  destinasi.
A.   Mengapakah  murid-murid 
diberi  taklimat  keselamatan ?
B.   Bilakah  taklimat 
keselamatan  diberikan  kepada 
murid-murid ?
C.   Bagaimanakah  taklimat 
keselamatan  diberikan  kepada murid-murid ?
D.   Apakah  taklimat 
keselamatan  yang  diberikan 
kepada  murid-murid ?
Pilih
jawapan yang paling sesuai bagi soalan
yang diberikan.
11. Mengapakan
adik kamu menangis, Siti ?
A.   Adik  tidak menangis.
B.   Memang
benar adik selalu menangis.
C.   Adik
menangis kerana diusik oleh abang.
D.   Adik
selalu menangis kalau ibu tidak melayaninya.
12. Razif
berjalan _____________ kerana kakinya tercedera sewaktu bermain bola sepak di
padang sekolah petang semalan.
A.   terkial-kial
B.   terkesot-kesot
C.   terhincut-hincut
D.   terhuyung-hayang
Soalan  13  berdasarkan gambar di bawah.
13.  Ibu menanak nasi ___________________ untuk
adik kerana dia belum tumbuh gigi.
A.   halus
B.   empuk
C.   lembut
D.   lembik
Soalan
 14 
hingga 20 - Aras Aplikasi
14. Puan
Rokiah menggunakan beberapa ______________ daun sirih untuk membuat
_________________ sempena perkahwinan anak saudaranya.
A.   ikat……….gubahan
B.   tangkai
………..susunan
C.   helai
………….hiasan
D.   jambak
……………karangan
15. Petinju
Negara  ________________  lawannya sebelum melepaskan tumbukan.
A.   melaga-laga
B.   mengacu-acu
C.   melibas-libas
D.   mengacah-acah
16. Ibrahim
menggunakan galah untuk ____________________ 
dahan pokok yang sekah itu.
A.   mengambil
B.   memetik
C.   mengait
D.   mencantas
17. Bagaimanakah  peniaga 
dapat menarik pelancong menikmati makanan Malaysia ?
A.   Mempelbagaikan
jenis makanan Malaysia.
B.   Memastikan
harga makanan yang sesuai.
C.   Menyediakan
nasi lemak dan roti canai.
D.   Memperkenalkan
makanan popular negara kita.
18. Petani
itu sedang ______________ padi dengan jentera.
A.   mengairi
B.   mengetam
C.   menuai
D.   membaja
19. Bagaimanakah
dia datang ke sekolah pada pagi tadi ?
A.   Dia
selalu ke sekolah dengan saya pada setiap pagi.
B.   Pagi
tadi dia akan ke sekolah dengan Kasim.
C.   Pada
pagi itu dia ke sini dengan bas.
D.   Pada
pagi tadi dia ke sekolah dengan menaiki teksi.
20. Masalah
petempatan di kawasan bandar berpunca daripada ____________ penduduk yang telah
tinggi di kawasan itu.
A.   tambahan
B.   pertambahan
C.   penambahan
D.   menambah
Soalan  21 hingga 27 - Aras Analisis
Pilih
ayat yang betul.
21. I           Mereka bermain bola sepak pada petang
tadi.
II          Mari kita naik  kabel kereta itu.
III         Tolong angkat dua buah bangku kantin.
IV        Budak itu berambut kerinting.
A.   I
sahaja
B.   I
dan IV sahaja
C.   II
dan IV sahaja
D.   I,
III, dan IV sahaja
22. “
Siapkan  kerja sekolah dan  susun 
buku   di dalam beg  sebelum 
tidur, ‘’ kata Puan Yati kepada anaknya.
A.    Puan Rina meminta anaknya menyiapkan kerja
sekolah dan menyusun bukunya sebelum tidur.
B.   Puan
Rina menyuruh anaknya menyiapkan kerja sekolah dan menyusun buku di dalam beg
sebelum tidur.
C.   Sebelum
tidur, Puan Rina  menyuruh  anaknya  agar  menyiapkan  kerja sekolah dan menyusun  buku.
D.   Sebelum
tidur, PuanRina berpesan kepada anaknya agar menyiapkan kerja sekolah dan
menyusun buku di dalam beg.
23. Apakah  langkah-langkah  yang 
diambil  oleh  pihak 
sekolah  untuk  mengatasi masalah  disiplin 
murid ?
A.   Banyak  langkah 
yang  diadakan  untuk 
meningkatkan  disiplin  murid 
di sekolah.
B.   Penglibatan  murid 
dalam   pelbagai  program 
membantu  mengatasi masalah  disiplin.
C.   Murid-murid  haruslah 
mematuhi  segala  peraturan 
yang  telah  ditetapkan oleh  pihak 
sekolah.
D.   Pihak  sekolah 
telah  mengadakan  pelbagai 
program  yang  boleh meningkatkan  tatatertib 
murid.
Soalan
24 dan 25.
Pilih
 ayat – ayat  yang  menggunakan
 perkataan
bergaris  dengan  betul.
24. I           Selepas  hujan, 
air  sungai  itu 
mengalir  dengan  deras.
II          Rakan-rakan  Suhaila 
mengaguminya  kerana  deras 
berpidato.
III         Pandangannya
deras, sering mendapat perhatian rakan-rakan sekelasnya.
IV        Larian  Amin 
tidak  begitu deras kerana
baru sahaja pulih daripada demam.
A.   I  dan  II
B.   II  dan 
III
C.   III  dan IV
D.   I  dan  IV
25. I           Sebiji pinggan kaca baru sahaja pecah.
II          Majlis
pecah tanah di kampong itu akan dihadiri oleh wakil rakyat.
III         Air
hujan terpaksa ditadah di sini kerana atap rumah ini sudah pecah.
IV        Shamsiah
dimarahi kawannya kerana pecah rahsia mereka.
A.   I  dan  II
B.   I,
II  dan 
IV
C.   II,
III  dan 
IV
D.   I  sahaja
26. Hubungan
kedua-dua orang saudara kembar itu sangat erat dan sukar dipisahkan
____________________ .
A.   Seperti
cincin dengan permata
B.   Bagai
hempedu lekat di hati
C.   Bagai
kunyit dengan kapur
D.   Seperti
bulan dipagari bintang
27. Kamariah
sedang ___________ pulut untuk dibuat pulut panggang.
A.   Merebus
B.   Menanak
C.   Mengukus
D.   memanggang
Soalan 28 hingga 31 berdasarkan
puisi di bawah.
Sila baca puisi di bawah dan
jawab soalan-soalan berikut.
Kail mengena si ikan
jelawat,
Ditangkap nelayan bersama
lokan,
Ekonomi Negara semakin
gawat,
Tenangkan hati menerima
ujian.
            Indah berseri hiasan jati,
            Jati tumbuh di puncak bukit,
            Jangan berbelanja sesuka hati,
            Ada wang lebih simpanlah sedikit.
Petang redup pergi ke pekan,
Pergi ke pekan menaiki
basikal,
Belanja sekolah boleh
dikurangkan,
Galakkan anak membawa bekal.
            Anak kecil berhidung mancung,
            Pandai mengaji sopan beragama,
            Jika tergerak untuk melancong,
            Negeri
sendiri patut diutama.
Gadis manis tersedu-sedu,
Ditinggal bonda dalam
bahtera,
Marilah kita bersatu padu,
Negara aman rakyat
sejahtera.
Soalan
26  dan  27 - Aras Sintesis
28. Apakah  jenis 
puisi  di atas ?
A.   Syair
B.   Sajak
C.   Pantun
D.   Gurindam
29. Pada
pendapat kamu, apakah tema puisi di atas ?
A.   Persoalan
hidup
B.   Kemasyarakatan
C.   Nilai
amalan budi pekerti
D.   Kesungguhan
Soalan
31  dan 
32 - Aras Penilaian
30. Nilaikan  yang 
manakah  antara  yang 
berikut  BUKAN  harapan  penulis?
A.   Berjimat-cermat
B.   Teruskan
bersatu padu
C.   Mengaji
dan berkelakuan sopan
D.   Tenangkan
fikiran menghadapi dugaan
31. Pernyataan
yang berikut ada kaitan dengan “ tenangkan hati menerima ujian”  kecuali
A.   Tidak
menimbulkan kekecohan
B.   Kesusahan
berlaku di atas kesilapan manusia sendiri
C.   Selalu
beringat bahawa kehidupan kita tidak selalunya mewah
D.   Setiap
ujian yang kita terima perlu dihadapi kerana ada hikmahnya.
Soalan
32 hingga 34 - Aras Sintesis
32. Walaupun
hari baru ___________________, namun Pak abu dan Mak Minah sudah turun ke
bendang untuk menuai padi.
A.   terpijak
tanah
B.   terang
tanah
C.   menyekang
mata
D.   sekangkang
kera
33. Janganlah
jadi ______________________ kerana menyembunyikan pendatang tanpa izin selepas
tamat tempoh pengampunan itu. Tindakan itu akan menyusahkan diri sendiri kelak.
A.   seperti
tikus membaiki labu
B.   seperti
lembu dicucuk hidung
C.   seperti
mendukung biawak hidup
D.   seperti
kambing dihalau ke air
34. Mengapakah
tumbuhan menjalar yang terdapat di hutan monsun tropika mendapat  pancaran cahaya matahari yang cukup?
A.  
Kerana pokoknya tumbuh jarang-jarang
B.  
Kerana cuaca di kawasan tersebut kering
sepanjang tahun
C.  
Kerana daun-daun akan luruh pada musim
kemarau
D.  
Kerana pokok-pokok besar di kawasan tersebut
selalu ditebang
Soalan
36 dan 37 – Aras Penilaian
35. 
 
 
   
 
  
    
| 
Bagai
    tikus membaiki labu | 
Peribahasa
di atas menasihati kita supaya tidak
A.   bersikap
memandai-mandai jika tidak tahu akan sesuatu.
B.   Mencuba
membuat sesuatu yang orang lain tidak tahu
C.   Menyembunyikan
kebolehan yang dimiliki daripada orang lain
D.   Mengambil
tahu tentang hal orang lain.
36. Masyarakat
yang hidup bersatu padu akan membentuk kehidupan yang lebih aman dan sejahtera
tetapi sebaliknya berlaku, masyarakat akan berpecah belah.
Peribahasa
yang berikut berkaitan dengan situasi di atas kecuali
A.  
Bagai isi dengan kuku
B.  
Bagai aur dengan tebing
C.  
Bersatu teguh, bercerai roboh
D.  
Bukit sama didaki, lurah sama dituruni
Soalan
37 hingga soalan 40 berdasarkan petikan di bawah.
            Suasana di rumah Encik Kamal agak
sibuk. Banyak jiran yang datang ke rumahnya. Walaupun majlis perkahwinan anak
saudaranya Shakila, akan berlangsung seminggu lagi. Encik Kamal telah menjemput
orang kampung bermesyuarat di rumahnya. Ketua kampong, Encik Ibrahim telah
mempengerusikan mesyuarat itu. Mereka berbincang tentang pembahagian kerja yang
akan dilakukan seperti melapah daging lembu, memasak, mendirikan khemah,
membasuh pinggan mangkuk dan sebagainya.
            Pada petang Sabtu, sehari sebelum
majlis perkahwinan dijalankan, kemeriahan majlis mula dirasai. Kaum wanita
sibuk di dapur. Mereka mengupas bawang, kentang, merebus telur, dan sebagainya.
Sementara kaum lelaki pula sibuk dengan tugas-tugas mendirikan khemah.
Perancangan teliti yang diatur menjadikan majlis perkahwinan berjalan lancer.
Tugas-tugas mengangkat hidangan dilakukan oleh golongan muda. Begitu juga
dengan tugas mengemas dan membersihkan meja. Tuan rumah sibuk melayan tetamu
yang datang.  Pasangan mempelai tersenyum
simpul bersanding di atas pelamin yang direka khas.
Kira-kira
pukul 5.00 petang, keadaan di rumah pengantin mulai lengang. Para tetamu mula
beredar meninggalkan majlis kenduri itu. Sungguhpun begitu, petugas-petugas
masih lagi meneruskan kerja masing-masing sehingga selesai. Encik Kamal dan
isterinya sungguh gembira.. Hal ini demikian kerana orang-orang kampung dan
saudara mara mereka banyak menghulurkan bantuan.  Konsep “berat
sama dipikul, ringan sama dijinjing” yang diamalkan telah memungkinkan
majlis perkahwinan tersebut berjalan dengan lancar dan sempurna.
Soalan 37 – Aras Kefahaman
37. Pada
hari apakah majlis perkahwinan Shakila diadakan?
A.   Sabtu
B.   Ahad
C.   Isnin
D.   Selasa
Soalan 38 – Aras Kefahaman
38. Siapakah
sibuk melayan tetamu semasa berlangsungnya majlis perkahwinan itu?
A.   Shakila
B.   Encik
Ibrahim
C.   Encik
Kamal
D.   Orang
kampung
Soalan 39 dan 40  –  Aras Penilaian
39.  Berat
sama dipikul, ringan sama dijinjing bermaksud…
A.   barang
yang berat hendaklah diangkat bersama-sama.
B.   segala
kesusahan dan kesenangan sama-sama ditanggung.
C.   sesuatu
kerja mestilah dilakukan mengikut perancangan yang betul.
D.   bertolak-ansur
dalam membuat sesuatu pekerjaan.
40. Sesuatu
majlis memerlukan perancangan yang teliti agar perjalanan sesuatu majlis
berjalan lancar. Banyak tugas yang perlu dilakukan sebelum sesuatu majlis
perkahwinan itu dilangsungkan.
Pada
pendapat anda, kenyataan manakah yang tidak benar ?
A.   merebus
telur dilakukan sebelum majlis berlangsung.
B.   mendirikan
khemah  dilakukan sebelum majlis
berlangsung.
C.   mengupas
bawang selalunya dilakukan sehari sebelum majlis berlansung.
D.   Mengangkat
hidangan selalu dilakukan sehari sebelum majlis berlangsung.
