Sunday 23 December 2012

FELLINA INCH LOSS & FELLINA VIT C DI TELUK INTAN

PENGEDAR FELLINA INCH LOSS & FELLINA VIT C  TELUK INTAN, PERAK

akum... nak perkenalkan produk baru yg meletup-letup la nie...utk umur 40an spt sy amat payah utk turunkan berat  badan.....3 minggu lepas saya cuba....fellina inch loss...la nie dah turun 5 kg...mcm x percaya...nanti ye sy bagi testimoninye...tp la nie x de sbb masa tulis nie x ambil gambar terbaru...
nie satu produk yg best ngak..sy buka kedai dobi di tlk intan...so muka saya mmg sensitif kpd kepanasan so byk le jerawat yg muncul....baru makan seminggu tp nampak perubahan wlaupun x berapa byk....sape nak cuba...jom.

Hubungi saya  - Fatiza  - 0194654685
sesiapa yg hampir dgn teluk intan boleh dtg terus ke Kedai Dobi saya  berhampiran dengan Marrybrown Teluk Intan dan kedai berhadapan dgn Stesen Bas Besar...


nie gambo terbaru ....berumur 43 tahun..dah tua tapi masih memerlukan vitamin..jom cuba fellina vit c. Dalamnya ada kolagen, gluta, vitamin c utk jadikan kulit cerah, lembut dan gebu . Lebih2 lagi bagi wanita awal 20an...slps makan vit c agak jarang selsema tp semua nie kuasa Allah..kita berusaha saja....ye x..apa lagi contact akak ....


Monday 26 November 2012

GIFFARINE - GLUTA CURCUMA C-E

Hari ni akak nak citer 1 produk yang best giler utk kulit. Sebenarnya mula2 akak x percaya sgt sbb sekarang nie banyak sgt produk kecantikan yg tumbuh mcm cendawan dan semuanya mceritakan keistimewaan tersendiri. Kawan akak suruh try..katanya kulit akak rasa lembut, gebu dan jeragat akak hilang klu kita minum secara konsisten. Hari nie dah 6 botol akak minum dan kulit akak rasa lembut sgt....dah tua2 ni rasa lain ..x le mcm org muda....tp berkesan utk akak yg berumur 40an. Produk nie sebenarnya dr giffarine tp belum masuk malaysia lagi so susah le nak dpt....kawan akak dptkan terus dr kilang di thailand..sesiapa berminat boleh call akak ye..


nie lak gambar akak yg x pakai mekap pun...walaupun x cantik post jugak le...kulit cerah le sikit n jeragat dah x de
 oppp...lupa pulak....sape2 yg berminat utk dptkan gulta curcuma c-e ni...jgn risau ianya halal dan harganya RM44/box dan postage rm5 je.....

Monday 7 May 2012

COCOA COLLAGEN DI TELUK INTAN

Produk kEBAHAGIAAN RUMAHTANGGA Anda!!"
 


Retail Price :
Trial Pek : 1 kotak 10 sachet ~ RM20
1 set (3 kotak= 30 sachet/STOK SEBULAN) ~ RM59.90

Call jika berminat...Harga menarik menunggu anda...Pn. Fatizah 019-4654685



Kembalikan Keremajaan Wanita 

Produk terbaru dan paling murah di pasaran mampu mengembalikan keremajaan wanita dan membantu menjaga kehebatan wanita luar dan dalam... 

Koko Pracampuran... adalah minuman enak yang diadun dari biji kopi Arabica Brasil dan juga serbuk koko bermutu tinggi. Ia diperkayakan lagi dengan Marine Collagen untuk kecantikan dalam dan juga Ekstrak Lobata serta Kacip Fatimah yang telah lama digunakan secara tradisi untuk kesihatan dalaman wanita. Ia minuman enak lagi berkhasiat. 


Cocoa Collagen Power Plus mengandungi : 

* Marine Collagen - Membantu mengimbangi hormon. mencantikkan kulit, menghaluskan dan menggebukan kulit 

* Kacip Fatimah - Membantu merapatkan otot-otot rahim, faraj wanita dan memberi kehebatan dalam hubungan suami isteri 

* Lobata - Membantu menambahkan tenaga, memontokkan dan menegangkan payu dara serta punggung 

* Krimer bukan tenusu - Membantu meningkatkan daya kesihatan anda 

* Dextrose monohydrate - Melambatkan proses penuaan 

* Oligo saccharide - Menyahkan toksin dan meningkatkan sistem dalam badan 


Kebaikan Dan Khasiat 

+ Membantu mengimbangi hormon 
+ Merangsangkan pertumbuhan sel baru/anti kedut 
+ Mencantik, menghalus dan menggebukan kulit 
+ Memontokkan dan menegangkan payudara serta punggung 
+ Melambatkan proses penuaan 
+ Merapatkan vagina dan megeratkan hubungan suami isteri 
Mencantikkan kembali tumit kaki yang pecah 
+ Mencerahkan kulit secara semulajadi 
+ Memberi tenaga 
+ Membantu mengurangkan keguguran rambut 
+ Melancarkan peredaran darah dalam badan 
+ Mengimbangi berat badan 
+ Meningkatkan daya penghadaman 
+ Mengurangkan sengal-sengal dan lenguh-lenguh otot
 

Sijil halal utk produk2 crystal liz... 
 

Semua wanita berumur dari 20 tahun ke atas boleh mengamalkan pengambilan cocoa collagen ini 


MAKLUMBALAS YG DIDAPATI DARI PENGGUNA : 

SEMINGGU PERTAMA~ Tumit pecah kembali licin,terasa denyutan dipayudara,bertenaga dan cergas(tak lapar),jerawat mengecut,


MINGGU KEDUA~ Payudara lebih bulat dan tegang,wajah kemerahan dan berseri,susuk tubuh lebih kemas dan tidak menggelebar ( bumper pun dah up ckit.. ),


SEBULAN~ Faraj lebih ketat dan rapat,badan mula ringan,bibir tidak pecah, rambut kurang gugur n wajah kelihatan lembap semulajadi (awet muda gituu...)
 



SF BEAUTY DI TELUK INTAN


SF BEAUTY



SF beauty penemuan daripada sumber semulajadi utk rawatan kulit yang ringkas bagi menyerlahkan kecantikan semulajadi. SF beauty bertindak meningkatkan metabolisma kulit dgn penjanaan sel-sel baru, merencatkan proses penuaan, mengurangkan garis-garis halus, menambahkan ketegangan kulit dan mengekalkan kelembapan semulajadi agar kelihatan muda sentiasa.

Sf beauty merupakan produk daripada Kelantan yang dijual secara perseorangan. Ia tidak dijual di mana-mana kedai atau salon kecantikan. Namun keberkesanannya membuatkan permintaan semakin tinggi saban hari. Mengikut pengasas produk, kini permintaan mencecah 4000  set untuk setiap minggu. Sf beauty boleh didapati melalui pengedar yang sah dan juga boleh diberi secara online melalui kami. Jangan risau berkenaan status KKM dan ketulenanya, kerana kami merupakan stokis utama SF beauty di bawah seliaan pengasas sendiri.

SF beauty terdapat 2 packaging yang berlainan iaitu bekas kaca dan juga plastik. Bekas kaca adalah untuk dipasarkan dikalangan orang-orang kenamaan dan tertentu sahaja. Ini adalah kerana pengguna sf beauty adalah terdiri drp beberapa golongan termasuklah golongan kenamaan. Namun pengguna tidak perlu risau kerana ia adalah produk yang sama. Terpulang kpd anda mahu yang bekas kaca atau plastik. Tapi kami dimyshop2u memilih bekas plastik untuk dijual supaya memudahkan proses pengbungkusan dan penghantaran.


Mengandungi Vitamin E utk merawat muka dengan menghilangkan jerawat,jeragat,bekas jerawat, mengecilkan pori-pori serta mencerahkan kulit muka anda.

(bagi yang kulit berjeragat dan pigmentasi sangat lah di syorkan)

Kelulusan KKM


SF beauty telah mendapat kelulusan KKM. Anda tidak perlu meraguinya kerana tiada bahan merbahaya dalam produk ini. Boleh semak status kkm dengan Biro Pengawalan Farmaseutikal.

SF beauty Soap : NOT 110600593K
SF Day Cream : NOT 110600594K
SF Ninght Cream: NOT 110600595K



Panduan Penggunaan 

- cuci muka dengan sabun 2 kali sehari
- gunakan krim malam pada malam hari
- gunakan krim siang pada siang hari(sbg pelindung uv)
jika awal penggunaan muka terasa pedih, hentikan penggunaan krim malam tetapi teruskan dengan krim siang dan sabun. selepas 2,3 hari gunakan semula krim malam.

Antara kesan awal yang biasa ialah rasa gatal di tempat yang bermasalah dan pengeluaran minyak berlebihan(biasanya kesan ini hanya sementara dan akan beransur kurang). Kadang kala bagi kulit yang kurang mendapat penjagaan sebelumnya akan berlaku sedikit penggelupasan HALUS di bahagian bermasalah.

Berapa lama kesan??

1- 3 minggu sudah nampak kesanya. kulit akan mendapat kelembapan semulajadi.


berminat hubungi 019-4654685 (Pn. Fatiza )

TRIAL SET/SET PERCUBAAN

Set Lengkap 3 in 1 mengandungi : SF cream siang (7g) SF cream malam (7g) SF soap vitamin E(1/3 ketul)
Harga : RM79.90
 (kulit normal)

Set Lengkap 3 in 1 mengandungi : SF cream siang (7g) SF cream malam (7g) SF soap vitamin C(1/3 ketul)
Harga : RM79.90
 (kulit sensitif)
SET LENGKAP/SET BESAR


Set Besar kulit sensitif

Set besar mengandungi : cream malam (10g) cream siang (10 g) dan beauty soap
Harga: RM124
Harga Kami : RM110

Set besar untuk kulit normal


Set besar mengandungi : cream malam (10g) cream siang (10 g) dan beauty soap
Harga: RM119
Harga Kami : RM100
LOOSE PACK

SF Day Cream
Harga: RM49.90
Harga kami : RM40


SF Night Cream
Harga: RM49.90
Harga kami : RM40

SF beauty soap vitamin E
Harga : RM 39.90
Harga kami : RM35


SF beauty soap vitaminC Harga : RM44.90
Harga kami : RM40

Boleh juga dibeli secara loose pack


Boleh juga dibeli secara loose pack

SF cream 2 in 1: Cream siang(10g) cream malam(10g)
Harga : RM79.90
Harga kami: RM 70



Produk ini tidak MENIPISKAN dan MEMERAHKAN kulit muka . Ia membersih kulit secara SEMULAJADI.

Untuk kulit yang sensitif dan berpenyakit tidak digalakkan mencuba. Terutamanya kulit yang alah pada bahan-bahan kosmetik. Sila sms terlebih dahulu sebelum mencuba. Saya akan terangkan kesan penggunaan



Untuk melihat testimoni sila klik ke my-shop-2u.blogspot.com/2011/07/sf-beauty.html

Sunday 1 April 2012

KONGSI LAGI : BAIK JADIKAN PANDUAN.....


Contoh Soalan  Objektif  Untuk Sekolah Rendah.
    
       Soalan 1 hingga 7  -  Aras Pengetahuan
1.    Ayah tidak suka makan ikan sungai kerana berbau ________________.
A.   hapak
B.   hanyir
C.   hamis
D.   hancing

2.    Ibu sedang mengopek kulit ________________ udang untuk adik.
A.   seekor
B.   serawan
C.   sebuah
D.   sekeping

3.    Bapa Faizul seorang doktor pakar di sebuah hospital swasta.  ___________bertugas di hospital itu sejak tiga tahun yang lalu.
A.   Aku
B.   Dia
C.   Saya
D.   Beliau

4.    Para pelancong itu amat tertarik akan kehalusan kain songket ____________ Terengganu.
A.   jahitan
B.   sulaman
C.   tenunan  
D.   anyaman

5.    Ibu membubuh garam yang disangkakan gula menyebabkan air kopi yang dibancuhnya terasa amat ________________.
A.   lekit
B.   kelat
C.   tawar
D.   masin

6.    Pesakit yang baru menjalani pembedahan itu _____________ di atas katil.
A.   terbaring
B.   membaringi
C.   perbaringan
D.   membaringkan

7.    Adik menangis apabila jarinya terkena duri pokok __________________.
A.   bunga raya
B.   bunga melur
C.   bunga mawar
D.   bunga tanjung

Soalan  8 hingga 13 - Aras Kefahaman

8.     Dia  telah  mengemukakan  usul  dalam  mesyuarat  itu.
Pilih  perkataan  seerti  bagi  usul.
A.   rumusan
B.   cadangan
C.   keterangan
D.   rancangan

9.    Lampu  di  dalam  bilik  itu  terpadam  secara  tiba-tiba.
Pilih  perkataan  berlawan  bagi  terpadam.
A.   menyala
B.   bersinar
C.   bersilau
D.   mengerlip

Pilih  ayat  tanya  yang  sesuai  bagi  ayat  di bawah

10. Murid-murid  yang  menyertai  lawatan  diberikan  taklimat  keselamatan  sebelum menuju  destinasi.
A.   Mengapakah  murid-murid  diberi  taklimat  keselamatan ?
B.   Bilakah  taklimat  keselamatan  diberikan  kepada  murid-murid ?
C.   Bagaimanakah  taklimat  keselamatan  diberikan  kepada murid-murid ?
D.   Apakah  taklimat  keselamatan  yang  diberikan  kepada  murid-murid ?

Pilih jawapan yang paling sesuai bagi soalan yang diberikan.

11. Mengapakan adik kamu menangis, Siti ?
A.   Adik  tidak menangis.
B.   Memang benar adik selalu menangis.
C.   Adik menangis kerana diusik oleh abang.
D.   Adik selalu menangis kalau ibu tidak melayaninya.

12. Razif berjalan _____________ kerana kakinya tercedera sewaktu bermain bola sepak di padang sekolah petang semalan.
A.   terkial-kial
B.   terkesot-kesot
C.   terhincut-hincut
D.   terhuyung-hayang

Soalan  13  berdasarkan gambar di bawah.

13.  Ibu menanak nasi ___________________ untuk adik kerana dia belum tumbuh gigi.
A.   halus
B.   empuk
C.   lembut
D.   lembik

Soalan  14  hingga 20 - Aras Aplikasi
14. Puan Rokiah menggunakan beberapa ______________ daun sirih untuk membuat _________________ sempena perkahwinan anak saudaranya.
A.   ikat……….gubahan
B.   tangkai ………..susunan
C.   helai ………….hiasan
D.   jambak ……………karangan

15. Petinju Negara  ________________  lawannya sebelum melepaskan tumbukan.
A.   melaga-laga
B.   mengacu-acu
C.   melibas-libas
D.   mengacah-acah

16. Ibrahim menggunakan galah untuk ____________________  dahan pokok yang sekah itu.
A.   mengambil
B.   memetik
C.   mengait
D.   mencantas

17. Bagaimanakah  peniaga  dapat menarik pelancong menikmati makanan Malaysia ?
A.   Mempelbagaikan jenis makanan Malaysia.
B.   Memastikan harga makanan yang sesuai.
C.   Menyediakan nasi lemak dan roti canai.
D.   Memperkenalkan makanan popular negara kita.

18. Petani itu sedang ______________ padi dengan jentera.
A.   mengairi
B.   mengetam
C.   menuai
D.   membaja

19. Bagaimanakah dia datang ke sekolah pada pagi tadi ?
A.   Dia selalu ke sekolah dengan saya pada setiap pagi.
B.   Pagi tadi dia akan ke sekolah dengan Kasim.
C.   Pada pagi itu dia ke sini dengan bas.
D.   Pada pagi tadi dia ke sekolah dengan menaiki teksi.

20. Masalah petempatan di kawasan bandar berpunca daripada ____________ penduduk yang telah tinggi di kawasan itu.
A.   tambahan
B.   pertambahan
C.   penambahan
D.   menambah

Soalan  21 hingga 27 - Aras Analisis
Pilih ayat yang betul.
21. I           Mereka bermain bola sepak pada petang tadi.
II          Mari kita naik  kabel kereta itu.
III         Tolong angkat dua buah bangku kantin.
IV        Budak itu berambut kerinting.
A.   I sahaja
B.   I dan IV sahaja
C.   II dan IV sahaja
D.   I, III, dan IV sahaja

22. “ Siapkan  kerja sekolah dan  susun  buku   di dalam beg  sebelum  tidur, ‘’ kata Puan Yati kepada anaknya.
A.    Puan Rina meminta anaknya menyiapkan kerja sekolah dan menyusun bukunya sebelum tidur.
B.   Puan Rina menyuruh anaknya menyiapkan kerja sekolah dan menyusun buku di dalam beg sebelum tidur.
C.   Sebelum tidur, Puan Rina  menyuruh  anaknya  agar  menyiapkan  kerja sekolah dan menyusun  buku.
D.   Sebelum tidur, PuanRina berpesan kepada anaknya agar menyiapkan kerja sekolah dan menyusun buku di dalam beg.


23. Apakah  langkah-langkah  yang  diambil  oleh  pihak  sekolah  untuk  mengatasi masalah  disiplin  murid ?
A.   Banyak  langkah  yang  diadakan  untuk  meningkatkan  disiplin  murid  di sekolah.
B.   Penglibatan  murid  dalam   pelbagai  program  membantu  mengatasi masalah  disiplin.
C.   Murid-murid  haruslah  mematuhi  segala  peraturan  yang  telah  ditetapkan oleh  pihak  sekolah.
D.   Pihak  sekolah  telah  mengadakan  pelbagai  program  yang  boleh meningkatkan  tatatertib  murid.

Soalan 24 dan 25.
Pilih  ayat – ayat  yang  menggunakan  perkataan bergaris  dengan  betul.
24. I           Selepas  hujan,  air  sungai  itu  mengalir  dengan  deras.
II          Rakan-rakan  Suhaila  mengaguminya  kerana  deras  berpidato.
III         Pandangannya deras, sering mendapat perhatian rakan-rakan sekelasnya.
IV        Larian  Amin  tidak  begitu deras kerana baru sahaja pulih daripada demam.
A.   I  dan  II
B.   II  dan  III
C.   III  dan IV
D.   I  dan  IV

25. I           Sebiji pinggan kaca baru sahaja pecah.
II          Majlis pecah tanah di kampong itu akan dihadiri oleh wakil rakyat.
III         Air hujan terpaksa ditadah di sini kerana atap rumah ini sudah pecah.
IV        Shamsiah dimarahi kawannya kerana pecah rahsia mereka.
A.   I  dan  II
B.   I, II  dan  IV
C.   II, III  dan  IV
D.   I  sahaja

26. Hubungan kedua-dua orang saudara kembar itu sangat erat dan sukar dipisahkan ____________________ .
A.   Seperti cincin dengan permata
B.   Bagai hempedu lekat di hati
C.   Bagai kunyit dengan kapur
D.   Seperti bulan dipagari bintang

27. Kamariah sedang ___________ pulut untuk dibuat pulut panggang.
A.   Merebus
B.   Menanak
C.   Mengukus
D.   memanggang

Soalan 28 hingga 31 berdasarkan puisi di bawah.
Sila baca puisi di bawah dan jawab soalan-soalan berikut.
Kail mengena si ikan jelawat,
Ditangkap nelayan bersama lokan,
Ekonomi Negara semakin gawat,
Tenangkan hati menerima ujian.
            Indah berseri hiasan jati,
            Jati tumbuh di puncak bukit,
            Jangan berbelanja sesuka hati,
            Ada wang lebih simpanlah sedikit.
Petang redup pergi ke pekan,
Pergi ke pekan menaiki basikal,
Belanja sekolah boleh dikurangkan,
Galakkan anak membawa bekal.
            Anak kecil berhidung mancung,
            Pandai mengaji sopan beragama,
            Jika tergerak untuk melancong,
            Negeri sendiri patut diutama.
Gadis manis tersedu-sedu,
Ditinggal bonda dalam bahtera,
Marilah kita bersatu padu,
Negara aman rakyat sejahtera.

Soalan 26  dan  27 - Aras Sintesis
28. Apakah  jenis  puisi  di atas ?
A.   Syair
B.   Sajak
C.   Pantun
D.   Gurindam

29. Pada pendapat kamu, apakah tema puisi di atas ?
A.   Persoalan hidup
B.   Kemasyarakatan
C.   Nilai amalan budi pekerti
D.   Kesungguhan

Soalan 31  dan  32 - Aras Penilaian
30. Nilaikan  yang  manakah  antara  yang  berikut  BUKAN  harapan  penulis?
A.   Berjimat-cermat
B.   Teruskan bersatu padu
C.   Mengaji dan berkelakuan sopan
D.   Tenangkan fikiran menghadapi dugaan

31. Pernyataan yang berikut ada kaitan dengan “ tenangkan hati menerima ujian”  kecuali
A.   Tidak menimbulkan kekecohan
B.   Kesusahan berlaku di atas kesilapan manusia sendiri
C.   Selalu beringat bahawa kehidupan kita tidak selalunya mewah
D.   Setiap ujian yang kita terima perlu dihadapi kerana ada hikmahnya.

Soalan 32 hingga 34 - Aras Sintesis
32. Walaupun hari baru ___________________, namun Pak abu dan Mak Minah sudah turun ke bendang untuk menuai padi.
A.   terpijak tanah
B.   terang tanah
C.   menyekang mata
D.   sekangkang kera

33. Janganlah jadi ______________________ kerana menyembunyikan pendatang tanpa izin selepas tamat tempoh pengampunan itu. Tindakan itu akan menyusahkan diri sendiri kelak.
A.   seperti tikus membaiki labu
B.   seperti lembu dicucuk hidung
C.   seperti mendukung biawak hidup
D.   seperti kambing dihalau ke air

34. Mengapakah tumbuhan menjalar yang terdapat di hutan monsun tropika mendapat  pancaran cahaya matahari yang cukup?

A.   Kerana pokoknya tumbuh jarang-jarang
B.   Kerana cuaca di kawasan tersebut kering sepanjang tahun
C.   Kerana daun-daun akan luruh pada musim kemarau
D.   Kerana pokok-pokok besar di kawasan tersebut selalu ditebang

Soalan 36 dan 37 – Aras Penilaian

35.
Bagai tikus membaiki labu
 


Peribahasa di atas menasihati kita supaya tidak
A.   bersikap memandai-mandai jika tidak tahu akan sesuatu.
B.   Mencuba membuat sesuatu yang orang lain tidak tahu
C.   Menyembunyikan kebolehan yang dimiliki daripada orang lain
D.   Mengambil tahu tentang hal orang lain.

36. Masyarakat yang hidup bersatu padu akan membentuk kehidupan yang lebih aman dan sejahtera tetapi sebaliknya berlaku, masyarakat akan berpecah belah.

Peribahasa yang berikut berkaitan dengan situasi di atas kecuali
A.   Bagai isi dengan kuku
B.   Bagai aur dengan tebing
C.   Bersatu teguh, bercerai roboh
D.   Bukit sama didaki, lurah sama dituruni

Soalan 37 hingga soalan 40 berdasarkan petikan di bawah.

            Suasana di rumah Encik Kamal agak sibuk. Banyak jiran yang datang ke rumahnya. Walaupun majlis perkahwinan anak saudaranya Shakila, akan berlangsung seminggu lagi. Encik Kamal telah menjemput orang kampung bermesyuarat di rumahnya. Ketua kampong, Encik Ibrahim telah mempengerusikan mesyuarat itu. Mereka berbincang tentang pembahagian kerja yang akan dilakukan seperti melapah daging lembu, memasak, mendirikan khemah, membasuh pinggan mangkuk dan sebagainya.
            Pada petang Sabtu, sehari sebelum majlis perkahwinan dijalankan, kemeriahan majlis mula dirasai. Kaum wanita sibuk di dapur. Mereka mengupas bawang, kentang, merebus telur, dan sebagainya. Sementara kaum lelaki pula sibuk dengan tugas-tugas mendirikan khemah. Perancangan teliti yang diatur menjadikan majlis perkahwinan berjalan lancer. Tugas-tugas mengangkat hidangan dilakukan oleh golongan muda. Begitu juga dengan tugas mengemas dan membersihkan meja. Tuan rumah sibuk melayan tetamu yang datang.  Pasangan mempelai tersenyum simpul bersanding di atas pelamin yang direka khas.
Kira-kira pukul 5.00 petang, keadaan di rumah pengantin mulai lengang. Para tetamu mula beredar meninggalkan majlis kenduri itu. Sungguhpun begitu, petugas-petugas masih lagi meneruskan kerja masing-masing sehingga selesai. Encik Kamal dan isterinya sungguh gembira.. Hal ini demikian kerana orang-orang kampung dan saudara mara mereka banyak menghulurkan bantuan.  Konsep “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing” yang diamalkan telah memungkinkan majlis perkahwinan tersebut berjalan dengan lancar dan sempurna.

Soalan 37 – Aras Kefahaman
37. Pada hari apakah majlis perkahwinan Shakila diadakan?
A.   Sabtu
B.   Ahad
C.   Isnin
D.   Selasa

Soalan 38 – Aras Kefahaman
38. Siapakah sibuk melayan tetamu semasa berlangsungnya majlis perkahwinan itu?
A.   Shakila
B.   Encik Ibrahim
C.   Encik Kamal
D.   Orang kampung

Soalan 39 dan 40  –  Aras Penilaian

39.  Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing bermaksud…
A.   barang yang berat hendaklah diangkat bersama-sama.
B.   segala kesusahan dan kesenangan sama-sama ditanggung.
C.   sesuatu kerja mestilah dilakukan mengikut perancangan yang betul.
D.   bertolak-ansur dalam membuat sesuatu pekerjaan.

40. Sesuatu majlis memerlukan perancangan yang teliti agar perjalanan sesuatu majlis berjalan lancar. Banyak tugas yang perlu dilakukan sebelum sesuatu majlis perkahwinan itu dilangsungkan.

Pada pendapat anda, kenyataan manakah yang tidak benar ?
A.   merebus telur dilakukan sebelum majlis berlangsung.
B.   mendirikan khemah  dilakukan sebelum majlis berlangsung.
C.   mengupas bawang selalunya dilakukan sehari sebelum majlis berlansung.
D.   Mengangkat hidangan selalu dilakukan sehari sebelum majlis berlangsung.